Sunday, December 26, 2010

Xnak jd bimbo...


Bimbo merujuk kepada wanita cantik dan menarik tetapi rendah tahap kebijaksanaan atau pendidikannya.Sebenarnya perkataan bimbo merupakan istilah yang diambil daripada Bahasa Inggeris yang ditujukan khas kepada kaum lelaki.

Namun begitu, dengan situasi sekarang ia lebih sesuai digunakan kepada kaum wanita sehinggakan terbit istilah male bimbo apabila digunakan kepada lelaki.

Wanita mudah lemah dengan pujian.
"Ala, bukan semua wanita macam tu".
Ya, benar. Mungkin sekali puji tidak terasa namun apabila berkali-kali pasti akan berbunga-bunga hati mereka dan akhirnya menyerahkan diri kepada pemberi pujian.
Nauzubillah,hindari kami Ya Rabb..

Kes ini tidak hanya berlaku di kalangan remaja mentah namun turut melanda mahasiswi universiti dan lepasan universiti.
Mereka sanggup meninggalkan keluarga semata-mata mengikut lelaki yang tidak dikenali.

Kerana apa?
Kerana mereka adalah bimbo. Mudah terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki.
Bagi pasangan couple, kebimboan mereka jelas apabila mereka mula merelakan tangan mereka dipegang oleh lelaki.

Ingatlah wahai wanita, berpegangan tangan itu permulaan untuk menjerat dirimu.

Jika dulu, kamu dilihat keras menahan diri dari disentuh, namun apabila tangan kamu sudah berjaya dipegang, adegan yang lebih mesra lainnya pula bakal menyusul.
nauzubillah min zalik..

Wanita jangan jadi bimbo. Mudah terpedaya dengan pujian lelaki.
Walaupun berpengajian tinggi, kadang-kadang mereka tetap menjadi bimbo kerana tahap kecerdikan rendah atau mudah tertipu dengan manisnya mulut lelaki.
Justeru, berhati-hatilah dengan lelaki yang memuji anda termasuklah boyfriend anda (kecuali dia adalah suami anda).

-Jangan mudah tergoda dan perasan apabila dipuji. Lelaki yang bukan suami anda tetapi suka memuji anda, sebenarnya suka juga memuji wanita lain.
-Jangan tertipu dengan sifat lelaki yang sememangnya gemar memuji untuk memikat.
-Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memerlukan pujian wanita untuk menyatakan mereka kacak. Lelaki lebih tertarik kepada rupa wanita berbanding pujian.
-Mereka lebih tertarik dengan wanita yang cantik berbanding yang kurang cantik walaupun yang kurang cantik suka memuji.
-Bagi wanita pula mereka lebih suka pujian dari lelaki walaupun lelaki itu tidak menarik.

Oleh sebab itu saya katakan lelaki tidak memerlukan rupa untuk memikat wanita.
Sebaliknya mereka hanya memerlukan kemahiran menyusun kata untuk mendapatkan wanita.

Hati wanita dicipta dengan kelembutan. Oleh sebab itu mereka mudah termakan pujian.
Hati mereka dipenuhi dengan kasih sayang, disebabkan itu mereka terlalu mudah mempercayai dan menyerah diri kepada lelaki.

Jika kita lihat wanita yang berdampingan rapat dan berkasih sayang (lillahi taa'la) dengan rakan-rakan jemaah atau usrah mereka (sesama wanita), jarang terlibat dengan masalah berpasangan dengan lelaki kerana hati mereka sudah diisi dengan sifat tersebut.Namun apabila hubungan mereka renggang atau berlaku sedikit krisis, mereka lebih mudah tertarik dengan lelaki untuk mengisi lompong kasih sayang itu..

P/S : erm,mgkin artikel ni sdikit sbyk spt mrendahkn kaum hawa tp ap kata kita ambil dri sudut positif..Sudah fitrah Allah anugerahkan hati wanita itu dpenuhi dgn klembutan dan ksih syg jd knpa tidak kita pelihara anugerah itu sebaik2nya..?knpa tidak kita berikan anugerah itu kpd seseorang yg spatutnya bila tiba msanya nnti..? Wahai muslimah,kita amat berharga dan bernilai skali,mnjadi penyeri syurga dunia,anak ummi dan abah yg dikasihi,pndamping dan peneman setia suami,pembimbing anak2 soleh dan solehah dan mujahidah yng tegar myampaikan dakwah islami.bknkah smua itu mrupakan sbb yg sgt kuat utk kita mnjga diri dan maruah sbaik mgkin..? jgn harpkn pd org lain utk lakukan smua itu,smuanya trletak pd kita whai shabt2ku :)

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara Dan Milik Sepenuhnya oleh Nurfaizura@Faifai 2011