Sunday, December 26, 2010

6 Persoalan yg spatutnya kita renungkan...


Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran, 185
)

Kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal,mata, telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup brlandaskan kebenaran. Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam.
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah Al A'araaf, 179)

Keempat, "Apa yang paling berat di dunia ini?"
Yang paling berat adalah "memegang amanah".
Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (Surah Al-Ahzaab, 72)

Kelima, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat.
Gara-gara pekerjaan,kita tinggalkan solat, gara-gara ada aktiviti2 kita tinggalkan solat.

Keenam, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

P/S : smua persoalan ni da biasa kita denga,dan mgkin jgk da biasa kita lalui.. tp ada x kita amik iktibar ngn ap yang Imam Ghazali smpaikan ni..? Pkirkn balik ye shabat2.jgn smpai masanya da tba dan kita sdg lakukan prkara2 tu,bru nk pikir balik.. mmg masa tu msih blm trlambat sbb pintu taubat sntiasa terbuka tuk hamba2Nya krana salah stu asma Allah adalah Ar-Rahman,yang penyayang tapi kan lebey baik mghindar dari membaiki..peringatan ni pn utk diri ini jgk..InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara Dan Milik Sepenuhnya oleh Nurfaizura@Faifai 2011