Pentingkan perkara yg lebih penting drpd perkara yg penting kerana perkara yg lebih penting itu lbh penting drpd perkara yg penting.. Live Life To The Max in order with Allah's Law.. (",)
Sunday, February 13, 2011
Yang Takkan Berlalu Pergi
Yang Takkan Berlalu Pergi
Bismillah
Allah Yang Menguasai Perjalanan Langit Dan Bumi.
Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya
lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan,
maka dia akan berkata:
"Tuhanku telah memuliakanku"
Adapun bila Tuhannya mengujinya
lalu membatasi rezekinya maka dia berkata:
"Tuhanku menghinakanku"
[Al Fajr 89:15-16]
Jangan begitu sayang…
Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untukmu.
Diwajibkan atas kamu berperang,
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
[Al Baqarah 2:216]
...
Akan ada yang datang
Dan akan ada yang berlalu pergi
Manusia itu akan datang dan pergi
Harta benda itu akan datang dan pergi
Kesedihan itu akan datang dan pergi
Masalah itu akan datang dan pergi
...
...
...
Tapi ...
Ada juga yang datang
Dan takkan pernah sesekali berlalu pergi
Siapa?
...
...
...
Allah, sayang.
Allah.
Allah akan tetap di situ
Sekalipun kamu melupakannya.
Allah takkan pernah meninggalkanmu dan takkan pernah berpaling darimu
Allah akan terus memerhatikan.
Ya!
Allah akan terus memerhatikan.
Setiap gerak gerimu,
Setiap ucap kata dari bibirmu,
Pekerjaan yang kamu utamakan melebihi diriNya,
Dan bagaimana kau sandarkan cintamu pada manusia yang belum halal buatmu
Allah ada untuk setiap masa
Kapan sahaja yang kamu mahu
Kembali padaNya ya sayang
Allah sedang menantimu
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.
Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku)
dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku,
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
[Al Baqarah: 186]
Berkata Ibn Qayyim al-Jawziyyah : “Allah s.w.t cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepadaNya,dan ada sesuatu yang lain dalanm hatinya selain Dia.
Allah cemburukan HATI kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripadaNYA sebab DIA sayangkan kita.DIA tak mahu kita menepah jalan sengsara,DIA tawarkan cinta yang tak pernah mngenal kecewa.Inilah hakikat CINTA TERAGUNG.
•CintaNYA cinta utama
•CintaNYA membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada ALLAH yang Maha Besar utk menyelesaikan.
•CintaNYA membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mmpunyai kerajaan langit dan bumi bersama kita.
•CintaNYA membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba ALLAH,tidak boleh diperhambakan sesame manusia.
“Ketertarikan kepada si dia adalah lumrah,fitrah yang Allah hadirkan.Dan setiap fitrah ada peraturannya. Sedangkan fitrah makan pun ada peraturan,inikan plak fitrah cinta..kan?Sebab tu la,patut ke aku mencipta langkah seterusnya TANPA membelek sedikit pun peraturan yang ALLAH tetapkan? “
“Sanggup ke cipta kenangan cinta tanpa peraturan,pnuh maksiat hati dan pas tu maksiat perbuatan?
“Whai srikandi Islam,bukan aku saja yang alami rasa cinta,rindu,syg ni tapi semua org termasuk para rasul,sahabat dan para solihin..Tapi,cmna dorg uruskan?mcm yg ramai org buat sekarang ke? Gi jumpa, smbang2,gitu ke??
“Igt ag x kisah Fatimah az-zahra?puteri rasul ni pnh ckp kat suami dia,saidina Ali.Fatimah bkata, “Kanda,
dulu sblm kita nikah,dinda tingin sgt nak jadi isteri sseorang nih.Dinda amat2 mngaguminya.” Fatimah ckp cmtu.” Pastu saidina Ali yang ngah cmburu sgt2 tu pun jwb, “dah tu,dinda menyesal nikah ngn kanda?” Fatimah pun cpt2 balas, “ Eh,tak kanda..sebab org tu ialah kanda.”
Erm,nmpak x?kisah ni salah stu cntoh..puteri nabi sndiri ada prasaan gitu,mcm kita skrg tapi adakah gadis beriman cmtu berani hnta surat tnpa pngetahuan wali(zaman skrg ni,berSMS),brhubung mlalui burung merpati(skrg ni,jmpa salu),dating bwh phon kurma(skrg ni,dating dpn2 owg) atau naik unta sama ngn buah hatinya(zaman skrg,kua berdua2)?
Fikir2 dan cuba muhasabah balik tindakan kita slama nih.. btul ke?kalau btl Alhamdulillah tapi kalau salah?nak truskan ke?dah alang2 buat,lbih baik buat kan,buat pe nak btulkn,btl x?Fatimah tu lainla,dia puteri Rasul,msti iman dia ag kuat.erm..salah la kalu pkir gitu.Sebab kita pn manusia yang sama mcm Fatimah dan umat Rasul yang lain,dan yang pntg kita suma adalah HAMBA ALLAH.Yang mmbezakan kita suma disisi Allah adalah iman kpdNya..Oleh sbb tu la,kita kna salu pntau iman kita,hati kita sememangnya sgt rapat dgn iman,jadi jagala hati tu molek2..dan ag satu,jgn lupa,tiada seorang pun yang SUKA MEMBERI MAAF LEBIH DARIPADA ALLAH… (“,)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment