"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal 'aalamiin".
P/S : Doa yg sgt2 indah antara doa2 indah yang lain.. :) Amalkn ye shabat2,tak smstinya bila ada masalah atau apa2 hal t baru nak doa..dah boleh mula dri skrg.. dan ag stu,cm yg fai salu igt2kn,tetapkan niat ye.. (",)
amin emmm ok...dah doa da pon...doa yang sangat indah semoga doa kita dirahmati allah s.w.t....sesungguhnya allah itu maha pengasih lagi penyayang dan jangan sesekali berhenti untuk mengigatinya...semoga kita di beri jodoh yang baik amin.
ReplyDeleteAmin ya rabb.. :) doa tu doa gak,tp usaha jgn lupa na..hihi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteusaha???....ha usaha itu sangat penting sesunguhnya jadi la yang terbaik untuk mendapat pasangan yang terbaik....sesunguhnya telah disyariatkan jika seseorang itu melakukan perkara maksiat maka akan dikurniakan pasangan yang selalu melakukan maksiat...jadi berdoala supaya dijauhkan dari pekara maksiat dan perkara2 keji yang lain...semoga kita dirahmati oleh allah amin..
ReplyDeleteerm..nasihat yg baik.. syukran akhi.. :) sma2 kita usaha ye..
ReplyDelete