Thursday, October 7, 2010

Srikandi Ikutan..



“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”


~Rabiatul Adawiyah~

Alangkah indah jika stiap mnusia muslimin dan muslimat didunia ini mmpunyai smngat jihad dan pngabdian yang tggi kpd Allah SWT spt dia,Rabiatul Adawiyah.Lantas dpt mnepis sgala prasaan kcewa,dukacita dn putus harapan krana kita sedar tiada cinta dan ksih yang lebih agung brbanding kasihNya..

Ya Rabb,sungguhpn ak tidak mampu mnjadi spt Siti Khadijah,agung cintanya pd Rasulullah,berjiwa tabah spt Siti Aishah,sekental pngorbanan Siti Fatimah,segunung sabar Siti Sarah dan secekal harapan Siti Hajar,Kau peliharalah hati ini supaya sentiasa berada didlam jagaan dan perhatianmu.Ak redha dan sabar dgn setiap ujian dan dugaan dariMu kerana ak yakin,tersemat seribu satu hikmah didalamnya.Kasih dan syg dariMU melebihi sgala yg ak prlukan didunia ini Ya Rabb... ('',)

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara Dan Milik Sepenuhnya oleh Nurfaizura@Faifai 2011