Pentingkan perkara yg lebih penting drpd perkara yg penting kerana perkara yg lebih penting itu lbh penting drpd perkara yg penting.. Live Life To The Max in order with Allah's Law.. (",)
Saturday, October 9, 2010
Pesanan buatmu..
Tolong beritahu si dia..
Cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia..
cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihati si dia..
jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Esa
Tolong nasihati si dia..
jangan mngingatiku lebih dari dia mngingati Yang Esa
Tolong beritahu si dia..
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya
Tolong beritahu si dia..
dahulukan Allah kerana disitu ada syurga
Tolong beritahu si dia..
dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong ingatkan si dia..
aku terpikat kerana imannya,bukan rupa
Tolong ingatkan si dia..
aku lebih cintakan zuhudnya,bukan harta
Tolong ingatkan si dia..
aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia..
apabila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia..
bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia..
andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan si dia..
aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia..
aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia..
tanggungjawabnya besar pada keluarga
Tolong sabarkan si dia..
andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia..
bila jarak menjadi penyebab bertambah rindu
kerana rindu itu kurniaan dari Allah
Tolong pesan padanya..
aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya..
aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya..
aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia..
aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia..
aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia..
jadilah pnyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia..
aku mendambakan cinta suci yang terjaga
Tolong sampaikan pada si dia..
cinta kerana Allah tidak ternilai harganya
Tolong sampaikan pada si dia..
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan pada si dia..
kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri (",)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
gapo x g tahu dio sndiri weh..? seney cito.. :)
ReplyDeleteklu bley,dh lme fai gtau..hihi. oren tlg oyak kt dio ley dok? :)
ReplyDelete