Wednesday, January 20, 2010

Peringkat CINTA menurut Al-Quran

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian iaitu:

  1. Cinta mawaddah : Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah,senang citer selalu nak berdua,xnak berpisah.
  2. Cinta rahmah : Individu yang memiliki cinta rahmah lebih cendurung tuk mementingkan orang yang dicintai berbanding diri sendiri.Kebahagian orang yang dicintai lebih penting berbanding diri sendiri.Sering memaafkan dan adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut,sanggup berkorban dan melindungi.Contoh terdekat,cinta kekeluargaan.
  3. Cinta mail : Cinta yang mendalam tapi wat sementara waktu je.
  4. Cinta syaghaf : Cinta yang boleh buatkan seseorang tu lupe diri,x sedar apa yang dilakukan.Contah,cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf
  5. Cinta ra’fah : Rasa kasih dan sayang yang tak bertempat.Contoh,kesian kat anak smpai xnk kejutkan tuk solat subuh.
  6. Cinta shobwah : Cinta buta.Cinta yang mendorong perbuatan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak.
  7. Cinta syauq (rindu) : Lebih kepada perasaan teringatkan seseorang,nak berjumpa atau boleh gak ditafsirkan perasaan rindu kpd Allah seperti yang disebut dalam ayat 5 surah Al 'Ankabut.
  8. Cinta kulfah : perasaan cinta yang disertai keinginan mendidik kepada hal-hal yang positif.

Jadi,mane stu cinta anda? ('',)

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara Dan Milik Sepenuhnya oleh Nurfaizura@Faifai 2011