Thursday, August 9, 2012

Cantik tu subjektif...Ya ka?

Hmm...CANTIK. dengaq ja ayat nih msti suma pkat nk amik cakna,nk amik tau. X kurg ad yg mmg yakin dia cntik,ad yg kta dia x cntik dan ad yg sedang2 aja..hehe. Dri suma ni la trbitnya stu ayat nih, Cantik Itu Subjektif, bak kta omputeh plak 'beauty lies in the eyes of the beholder' (speaking london ckit) =D 

Tapi...ya ka? asanya slagi kita suma ad mata,sumanya nk yg cntik saja dn yg cntik tu mmg dh dtetapkan dah yg mcamna..yg ramping,yg putih melepak,yg ayu,yg comel,yg brlesung pipit dn mcm2 ag. Bila dh ad benchmark lagu nih la yg mnyebabkan owg2 yg asa dia x cntik tu akan rsa trsgtlahhh rendah diri lantas merendahkan lagi diri yg mgkin dh rndah tu.Aish,melalut lagi, ok back to our topic.Soryy (^_^).

Topik ni klu nk ulas,klu nk debat,klu nk bahas mmg smpi ujung dunia pn x abeh tp...meh cek nk bg stu ayat ja.

Ertinya ;
“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.

Hmm....Kalau lah katakan kita nih ad yg cntik,ad yg x cntik... napa msti ad ayat nih? "sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku"?  TELAH itu adalah past tense ya kwn2..jadi...mknanya... kita suma ni baik ad kat ceruk dunia mna pn,mmg Allah dh cipta cntik...xdak maknanya cntik subjektifla,cantik dalaman cntik luaran,mengarut ja suma tu. Jangan mmperkecikkan ciptaanNya. Sekian.. (^^,)


Sakit??? Adoiii...


Salam...
Msti suma owg pnh asa sakit an? sapa yg x pnh tu mmg x nrmal la sbb superman pn pnh sakit,hehe. sat2,dh duk melalut plak..haaa,salu bila sakit..msti kita byk berletiaq an? dlm erti kata len,mngomel laa..tu x kna,ni x kna..kan2? Tapi...cuba bca ckit ap yg fai nk share kt bwh ni..msti dpt ubah persepsi kita psai sakit paihni.. insyaAllah. =D


Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.


Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut. Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.






P/S = haaa,cmna?ad berubah ckit dak pndngan psai sakit? tapi...jgn la plak paihni duk p mntak nak sakit plak na,nauzubillah sbb Allah lebih sygkn dn sukakn muslim yg sihat dn kuat..wallahulam. (^^,)

Wednesday, August 8, 2012

Wahai blogku~

Salam...
Adoi,pnyala bkurun x tgk blog nih,sian kt dia.huhu..nk wat mcmana cek bzz,hihi. erm,insyaAllah paih2ni bleyla smbung ag share apa yg ptot. k la,babai..sja drop by sat ja,hehe.. :)

p/s : nk mnyapu,mop n mngelap blog sat..dh bdebu2 blog nih,siap ad srang labah2 ag,aiyak =='




Monday, December 12, 2011

Jom catat~ Tarikh2 VVIP (yg amat penting) tuk 2012. (",)

Tiba2 asa semangat terlebey plak nak msuk tahun 2012,hehe..insyaAllah kalau umo pnjg.. So,tarikh2 pnting tuk tahun 2011 asenya da abeh,last skali msa Awal Muharam bru2 ni la jadi....meh kita update tuk tahun 2012 plak. Jangan lupa catat..! ^-^

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2012 / 1433 - 1434 H BAGI MALAYSIA


TARIKH HIJRI            TARIKH MILADI       HARI KEBESARAN ISLAM


12 Rabiulawal 1433      5 Feb 2012                     Maulidur Rasul
27 Rejab 1433             17 Jun 2012                     Israk dan Mikraj
* 1 Ramadhan 1433     21 Julai 2012                   Awal Ramadhan/Berpuasa
17 Ramadhan 1433      6 Ogos 2012                   Nuzul Al-Quran
* 1 Syawal 1433          19 Ogos 2012                  Hari Raya Idul Fitri
1 Zulhijjah 1433           17 Oktober 2012             Awal Zulhijjah
*10 Zulhijjah 1433       26 Oktober 2012             Hari Raya Idul Adha
1 Muharam 1434         15 November 2012           Awal Muharam/Maal Hijrah

* Tertakluk kepada perubahan
Sumber :

Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)



Opps! Lamanya x balik blog..rindunya!! ^_^

                                                 Assalamualaikum...
wah..lmanya fai x sggah blog nih,smuanya gara2 semester bru yg siyesly hectic giler. -_- tp alhamdulillah, stakat ni fai dpt buat yg trbaik dri yg trbaik dn insyaAllah x lma ag fai nk amik final,dlm bulan 1 nnti,doakan fai bjaya ye shabat2..! :D

Ni just nk warm up je balik,xde nk post ape2 ag tp just wanna say mmg fai ad byk bnda nk kgsi nih, ni fai update pelan2. :) tima ksih tuk blogwalker smua yg sudi jenguk blog nih,fai hargai sgt5,mmuahhh2~ (",)
K la,ni just drop by,nk smbung wat keja balik,esk fai sggah ag ye.. ^_^


ngah study sebenaqnya nih,esk test.hehe.. XD


                     Salam a'laik.... 

Wednesday, August 10, 2011

13 Aurat Wanita..Jom checklist~ ('',)

Salam...entri kli ni Fai nk kongsi ckit mngenai aurat wanita..erm,fai tahu shabat2 fai kat lua sna nih msti dh tahu sal ni dn pakat duk jaga dh an..hihi.Bgus2,alhamdulillah.. Tapi x slah an asanya klu fai nak berkgsi jgk,mna thu ada antara kita atau fai sndri trlepas pandang slah stu dri ciri2 ni kn..Ok,jom checklist stu2. ('',)

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.




P/S : Ditekankan ag disini ye ukhti2 skalian..Pakai tudung tu x wajib tapi MENUTUP AURAT ITU WAJIB. Jadi,x kisahla nk pakai tudung saji ke,kain pelikat ke,kain cadar ke hatta apa2 je la,asalkn mnutup aurat k.. Fai sndiri bknnya seorang yg bertudung labuh tapi insyaAllah Fai cba sedaya upaya tuk mmastikan Fai berjilbab,yakni mnutup aurat..InsyaAllah..mudah2an ukhti2 kat lua pn gitu ye.. (",)

Sekitar Ramadhan Di Seluruh Dunia... (",)

Assalamualaikum... (",) aish,lma ssguh asanya x jenguk blog ni.Mmg Fai tahu,fai ni bknn blooger tegar pn,hihi.. saja2 nk mngisi masa ja.tapi kli ni asa rindu plak kat blog ni..mai la jenguk sat. :D Sedaq2 x sedaq, dah masuk 10 Ramadhan dah pn.. haa,stakat ni,cmna puasa shabat2 Fai ni..?ok?Dapat lapar dahaga je ke atau lebey dri tu?hihi..Soalan cepumas nih.apa2 pn,masih ada byk masa ag ni tuk kita kejar sbyk mgkin pahala,ibadat dn amalan2 yg mmpu mmbwa kita kpd keredhaan dn rahmatNya,insyaAllah.. Jom,fai nk share ckit gmba2 sekitar Ramadhan Al-Mubarak ni di seluruh dunia.. ('',)

Solat Berjemaah di tgh2 Jalanraya

Solat berjemaah muslimah

Makan berhidang

Makanan tuk berbuka

Solat berjemaah smasa mnjalankan tugas









Hak Cipta Terpelihara Dan Milik Sepenuhnya oleh Nurfaizura@Faifai 2011